Thursday, July 3, 2008

PILIHANRAYA KECIL SANGLANG UJIAN GETIR BUAT BN


DUN Sanglang (N15) yang terletak di kawasan Parlimen Arau, mempunyai jumlah pengundi seramai 7,946 orang yang terdiri daripad 90.13% pengundi Melayu, 9.44% pengundi Cina , 0.24% pengundi India dan 0.1% lain-lain kaum.Kegiatan ekonomi majoriti penduduk di kawasan ini adalah pesawah dan nelayan. Terdapat 6 daerah mengundi di kawasan tersebut iaitu Bongor Kudong, Bunga Mas, Sungai Padang, Simpang Sanglang,Padang Keria dan Kuala Sangnglang.


Dari segi politik pula, kawasan ini dikuasai pembangkang (PAS) bermula sejak Pilihan Raya Umum 1999 dan berlarutan sehingga 2004. Sebelum itu ianya adalah milik BN . Ini bermakna PAS telah berjaya mempertahankan pengaruhnya di kawasan tersebut untuk dua penggal berturut-turut namun tersekat untuk melakukan hatrik pada pilihan raya umum yang lalu (PRU ke 12). Keputusan awalnya berpihak kepada calon BN , Abdullah Hassan dengan 3,384 undi mengalahkan calon PAS Hashim Jasin yang mendapat 3,235 undi.



Walaubagaimanapun hasil daipada petisyen yang dibuat oleh pembangkang atas dakwaan SPR tersalah mengira undi, maka mahkamah memutuskan agar DUN Sanglang dikosongkan.
Andai pilihan raya yang lepas-lepas menjadi ukuran, didapati kemenangan mana-mana parti di perolehi melalui majoriti undi yang kecil. Ini bermakna tahap sokongan pengundi kepada BN dan Pembangkang adalah sama kuat. Kemungkinan yang menentukan menang kalah sesuatu parti adalah pengundi atas pagar.


Pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, kedengaran dakwaan bahawa BN dikhianati oleh ahlinya sendiri. Terdapat satu usaha sabotaj daripada pihak tertentu yang tidak berpuas hati apabila nama tidak disenaraikan sebagai calon. Antara usaha itu termasuklah memujuk pengundi terutamanya golongan muda untuk tidak memberi sokongan kepada calon BN. Jelas wujud kem-kem tertentu dalam BN negeri yang tidak mampu bersatu hati sebaliknya mementingkan keperluan diri sendiri.


BN dijangka akan menghadapi kesukaran pada kali ini ekoran rentetan bererapa isu yang menyelubungi Perlis dan negara mutakhir ini. Isu perpecahan dikalangan pemimpin UMNO di Perlis masih belum mampu diselesaikan. Pengerusi perhubungan UMNO Negeri Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Mat Isa Sabu belum mampu untuk duduk semeja. Perbalahan yang berterusan tersebut dilihat merugikan BN sendiri dan ianya pasti dijadikan senjata yang ampuh oleh pembangkang dalam kempen mereka nanti. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sudah tidak menjadi Menteri Besar tetapi masih lagi memegang Pengerusi Perhubungan UMNO awal-awal telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jentera UMNO Perlis sudah bersedia. Jentera pilihan raya nanti dijangka akan menjadi kucar-kacir jika tidak ada koordinasi antara jentera parti dan kerajaan negeri. Krisis kepimpinan dan perpecahan UMNO Perlis nampaknya sukar untuk dibendung. Permusuhan dan penentangan berterusan jelas kelihatan apabila dizahirkan melalui penulisan, perkataan dan tindakan. Sebagai contoh, lihatlah tulisan Mantan MB DSSK di dalam blog beliau yang antaranya berbunyi berikut,

"Sepatutnya hangpa dah dapat MB biarkanlah kat aku bab UMNO.Tapi yang ini pun nak cuba kerat aku jugak.Kalu yang ini AKU AKAN PERTAHAN DAN LAWAN SAMPAI JADI ABU.Munkin ada di antara penyokong depa akan marah. Tetapi ini realiti sampai aku terpaksa buat DEWAN AKU SENDIRI MINTAK SEWA HANGPA TAK BAGI" http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/

Pembangkang akan membaca sambil tersenyum riang melihat sandiwara yang berlaku. Mereka tahu yang mereka tidak perlu bersusah payah dalam berkempen untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sanglang nanti seandainya keadaan ini berpanjangan. Tiba masanya untuk Kepimpinan UMNO penyokong-penyokong UMNO Negeri Perlis mengenepikan segala perselisihan faham dan kepentingan peribadi sebaliknya memberi tumpuan untuk mengguatkan jentera partiini jika mahu melihat parti BN terus relevan bagi DUN Sanglang khasnya dan Perlis amnya.


Harus diingat kedudukan DUN Sanglang adalah bersempadan dengan negeri Kedah iaitu negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang. Kemungkinan faktor pengaruh sempadan akan turut memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Negara juga masih belum sepi dengan isu kenaikan harga minyak dan diikuti kenaikan harga barang. Rakyat dilihat marah bukan kepalang bila diajukan soalan tentangnya. Isu tersebut juga bukanlah isu pinggiran sebaliknya berjaya di manipulasikan oleh pihak pembangkang untuk memperlekehkan kepimpinan negara. Walaupun segala usaha penerangan dan penjelasan diberikan namun ia tidak mudah diterima sebagaimana kenaikan harga minyak itu sendiri.


Negara gempar lagi dengan isu laporan polis salah laku seks luar tabii Anwar Ibrahim kemudiannya dinafikan dengan mengatakan ianya adalah konpirasi politik. Disusuli Pengakuan bersupah kononnya mengaitkan penglibatan TPM, Dato' Seri Najib dan isteri beliau dalam kes pembunuhan Altantunya. Konspirasi tuduhan liwat Anwar dikatakan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu besar yang lain. Jadi rentetan isu yang pelbagai ini sememangnya memberi kesan kepada Barisan Nasional. Apa yang nyata, Pilihanraya Kecil Dun Sanglang nanti merupakan ukuran tahap kepercayaan rakyat terhadap BN pasca Pilihanraya Umum Ke12 .
.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca. Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini saya telah memulakan satu episod baru dalam kehidupan sebagai blogger amatur. Hasrat di hati ngin memeriahkan lagi dunia siber disamping berkongsi pengalaman dan pandangan tentang apa jua isu dan permasalahan masa kini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak kita dapat menyumbang lontaran idea dan pemikiran demi kepentingan ummah dan keharmonian negara. Bak kata orang tua-tua " Kalau kita tak mampu menjadi pohon cemara, jadilah rumput di tepi jalan. Jangan jadi lalang di dalam taman yang indah".