Wednesday, July 16, 2008

FITNAH INTERNET, SMS

Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan adalah perbuatan khianat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri menegaskan, perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukun Negara seperti Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. “cerita penyebaran fitnah dan pembohongan dari blog dan Youtube, semua ini tidak lahirkan keselesaan dan keyakinan pada rakyat. Cakap-cakap mengenai kebenaran undang-undang tidak dihiraukan lagi....dalam kehidupan tidak diambil berat, malah kedaulatan raja-raja juga dijadikan isu. Ia juga tidak mencerminkan keinginan bangsa yang mahu meningkat maju dan menjadi terbilang pada masa akan datang”.