Thursday, February 18, 2010

Wednesday, June 3, 2009

CHIN PENG TAK HADIR TEMUDUGA BALIK MALAYSIA PADA 31 OKTOBER 1992

CHIN PENG JUGA GAGAL KEMUKAKAN SIJIL KELAHIRAN BELIAU KE MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA PADA 1 0GOS 2007 SEBAGAIMANA KEPUTUSAN MAHKAMAH BAGI MEMBUKTIKAN STATUS KEWARGANEGARAAN MALAYSIA BELIAU YANG SAH. AKHIRNYA MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA 20 APRIL 2009 TELAH SEBULAT SUARA MENOLAK PERMOHONAN RAYUAN CHIN PENG UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA(RUJUK KENYATAAN AKHBAR YB DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOF, TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI).PERSOALANNYA SEKARANG ISU INI TELAH DIPOLITIKKAN ATAS DASAR HAK KEMANUSIAAN KERANA CHIN PENG TELAH TUA DAN BERUMUR 87 TAHUN. MAKA ADAKAH BELIAU SEORANG YANG BERKEPERIMANUSIAAN DAN TAAT SETIA PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN SERTA UNDANG-UNDANG MALAYSIA???ISU INI TELAH DIPOLITIKKAN OLEH PEMBANGKANMG DAN MEREKA YANG BERKEMPENTINGAN.BACA INI SETERUSNYA.... Malaysia tidak langgar perjanjiandari utusan malaysia 3 Jun 2009 ms 15Oleh THOMAS CHONGpengarang@utusan.com.myPUTRAJAYA 2 Jun - Dakwaan bahawa kerajaan memungkiri Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaya (PKM) kerana menghalang Chin Peng pulang ke Malaysia adalah tidak tepat.Bekas Setiausaha Agung PKM itu sebaliknya tidak pernah menunjukkan kesungguhan untuk memohon pulang ke negara ini selepas perjanjian damai dimeterai antara dua pihak.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, walaupun Chin Peng atau nama asalnya Ong Boon Hwa telah membuat permohonan untuk pulang namun beliau tidak menghadiri proses temu duga yang ditetapkan pada 31 Oktober l992.''Chin Peng telah mengemukakan permohonan untuk kembali ke Malaysia sehari sebelum tempoh yang diberikan berakhir, dia bagaimanapun tidak menghadiri temu duga yang ditetapkan.''Chin Peng juga tidak pernah membuat permohonan baru tetapi menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya, ini menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat perjanjian yang ditandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Abu Seman berkata, semua bekas ahli PKM yang ingin pulang ke Malaysia perlu menghadiri temu duga sebelum permohonan mereka dipertimbangkan.''Seramai 442 orang bekas ahli PKM telah memohon untuk pulang ke Malaysia dan 406 orang daripada mereka telah menghadiri temu duga.''Kesemua ahli PKM yang memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan telah diterima kembali ke negara ini," katanya.Beliau berkata, Chin Peng bukan wira negara yang patut dibela oleh mana-mana pihak kerana telah melakukan keganasan di negara ini.''Chin Peng ketika itu telah menjalankan kegiatan subversif dan keganasan dalam usaha PKM memerangi dan menggulingkan Kerajaan Malaysia," katanya.Menurut beliau, antara mangsa PKM ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974 dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang dibunuh di Ipoh pada 13 November 1975.''Sepanjang 1948 hingga 1990, seramai 2,083 orang anggota keselamatan telah terkorban manakala 3,541 orang lagi cedera.''Keganasan PKM juga mengakibatkan seramai 2,588 orang awam terkorban dan 1,490 lagi cedera," katanya.Tambahnya, kemasukan semula Chin Peng ke negara ini akan mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan rakyat.''Kepulangan Chin Peng ke Malaysia juga menunjukkan seolah-olah pengorbanan anggota keselamatan yang menentang PKM dahulu menjadi sia-sia," katanya.DAEI BERITA HARIAN 3 JUN 2009 Rakyat tidak mudah lupa keganasan komunisOleh Mohd Ayop Abd Razidayop_60@yahoo.comCHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka. Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.Elok rasanya kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina.Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International Trade Union Organisation (Profintern). General Labour Trade Union’ di Singapura turut dipengaruhi komunis.Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur.Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis.Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini.Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang.Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ulama menolak perjuangan mereka.Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975).Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?Penulis adalah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan KebudayaanBerita Harian 3 Jun 2009 -KDN nafi mungkir janjiOleh Haika KhaziPUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan memungkiri perkara-perkara yang dipersetujui di dalam Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaysia (PKM) yang dimeterai pada 2 Disember 1989 berhubung isu Chin Peng.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata seramai 442 bekas anggota PKM memohon untuk kembali ke Malaysia, tetapi hanya 406 menghadiri temu duga yang ditetapkan kepada semua anggota PKM yang memohon dan memenuhi syarat diterima kembali ke negara ini.Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa mengemukakan permohonan sehari sebelum tempoh permohonan berakhir selain gagal menghadiri proses temu duga yang ditetapkan mengikut perjanjian itu.“Chin Peng juga tidak pernah mengemukakan semula sebarang permohonan baru sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya.“Ini menggambarkan beliau enggan memenuhi syarat perjanjian dan tidak berminat kembali ke Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Abu Seman berkata, berdasarkan rekod, Chin Peng memfailkan lima afidavit di mahkamah antara 4 Mac hingga 4 April 2005 bagi membolehkannya mendapat perintah supaya diterima sebagai warga negara ini.Beliau juga berkata, Chin Peng bukanlah wira yang patut dibela sebaliknya Setiausaha Agung PKM yang secara terang-terangan menjalankan kegiatan subversif dan ganas dalam usaha parti itu memerangi dan menggulingkan kerajaan.“Bagi KDN, kemasukan semula Chin Peng ke negara ini bukan saja mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan rakyat, malah menunjukkan seolah-olah pengorbanan anggota kese-lamatan ketika menentang pemberontakan komunis dulu adalah sia-sia belaka,” katanya.Abu Seman berkata, seramai 2,083 anggota keselamatan terkorban, manakala 3,541 lagi cedera, dan orang awam yang terbunuh pula seramai 2,588 dan 1,490 lagi cedera ketika berlakunya pemberontakan PKM, dari 1948 hingga 1990.Beliau berkata, antara pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terkorban angkara keganasan PKM termasuk bekas Ketua Polis Kuala Lumpur ketiga, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974 dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang dibunuh di Ipoh, Perak pada 13 November 1975.
Posted by transformasirakyat at 12:15 AM 3 comments
Labels:

Sunday, January 4, 2009

Kemahiran Komunikasi

Apabila suatu maksud telah berjaya disampaikan antara seseorang kepada seorang yang lain, atau sekumpulan manusia, itu dinamakan komunikasi telah berlaku. Secara teorinya, komunikasi berlaku dengan pelbagai medium sama ada secara kunonya simbol-simbol, bahasa isyarat, komunikasi lisan, kod-kod, atau apa jua bentuk yang sesuai digunakan sebagai menyampaikan maklumat dengan berkesan. Komunikasi dianggap berkesan sekiranya maklumat atau maksud yang ingin disampaikan oleh pihak yang menyampaikan maklumat telah diterima dan difahami, serupa dengan apa yang ingin disampaikan.
Namun sering terjadi masalah dalam organisasi, kumpulan, masyarakat, bahkan rumah tangga, banyak masalah yang diakibatkan oleh masalah komunikasi. Antara punca masalah yang tidak lagi menjadi rahsia kepada kita ialah seperti penyelewengan fakta atau tidak amanah dalam komunikasi, menyimpan maklumat yang patut disampaikan, atau mendedahkan maklumat yang tidak patut disampaikan, menyampaikan maklumat yang salah, tidak tepat, fitnah, pembohongan, mengumpat, mencela, dan pelbagai lagi bentuk kepincangan komunikasi. Hasilnya, organisasi akan bercelaru, masyarakat porak peranda dan rumah pun boleh tercabut tangga!!
Begitulah parahnya jika komunikasi tidak dijaga dengan baik. Impak negatif komunikasi tanpa sistem sudah tentu merosakkan organisasi. Sebaliknya, sekiranya komunikasi dilakukan dengan cara yang baik, pelbagai impak positif pula boleh dilihat. Komunikasi boleh memotivasikan manusia, boleh mendidik masyarakat, boleh membina jiwa dan boleh melancarkan kerja. Biasanya jika maklumat itu tepat, wajar disampaikan serta dilakukan dengan cara yang betul dan cepat

Friday, September 26, 2008

Pemilihan UMNO ditangguh...peralihan kuasa Mac

TERBARU: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa. Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan. Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan. Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula. "Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu. - 26/9/2008 ----------------------------------

Tuesday, September 16, 2008

16 September Apa Dah Jadi

Apa dah jadi, apa dah jadi sampai sekarang tak jadi jadi. Semalam tengok RTM 1 perbincangan tajuk diatas ekoran kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru spertimana yang dicanang sebelum ini. Kalau berdasarkan keyakinan yang dijelmakan oleh DSAI dan pakatan pembangkang seharusnya tanggal 16 September menjadi saksi perubahan kerajaan.

Realitinya tiada apapun yang berlaku kecuali alasan baru untuk mengadakan perjumpaan dengan Pak Lah bagi membincangkan peralihan kerajaan secara tertib. Persoalannya mengapa tidak 16 september seperti yang dijanjikan sebelum ini. Ramai rakyat yang rasa kecewa. Mana tidaknya kalau jadi esok minyak akan turun harga.

Apapun, yang berlalu tetap berlalu. Tanggal 16 September tarikh Pembentukan Malaysia tidak lagi sinonim dengan penubuhan kerajaan baru impian Pakatan Rakyat.

Saturday, September 13, 2008

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm