Friday, September 26, 2008

Pemilihan UMNO ditangguh...peralihan kuasa Mac

TERBARU: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa. Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan. Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan. Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula. "Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu. - 26/9/2008 ----------------------------------

Tuesday, September 16, 2008

16 September Apa Dah Jadi

Apa dah jadi, apa dah jadi sampai sekarang tak jadi jadi. Semalam tengok RTM 1 perbincangan tajuk diatas ekoran kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru spertimana yang dicanang sebelum ini. Kalau berdasarkan keyakinan yang dijelmakan oleh DSAI dan pakatan pembangkang seharusnya tanggal 16 September menjadi saksi perubahan kerajaan.

Realitinya tiada apapun yang berlaku kecuali alasan baru untuk mengadakan perjumpaan dengan Pak Lah bagi membincangkan peralihan kerajaan secara tertib. Persoalannya mengapa tidak 16 september seperti yang dijanjikan sebelum ini. Ramai rakyat yang rasa kecewa. Mana tidaknya kalau jadi esok minyak akan turun harga.

Apapun, yang berlalu tetap berlalu. Tanggal 16 September tarikh Pembentukan Malaysia tidak lagi sinonim dengan penubuhan kerajaan baru impian Pakatan Rakyat.

Saturday, September 13, 2008

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Monday, September 8, 2008

Lukisan Menggunakan Mouse

Di bahagian Mouse Painting saya akar paparkan dari masa ke semasa lukisan yang saya hasilkan dengan menggunakan mouse melalui program microsoft paint. Saya rasakan ini suatu kaedah baru bagi saya untuk menghasilkan lukisan digital dan ianya perlu diexplore dengan lebih mendalam. Untuk permulaannya sudah tentulah lukisan yang mampu dihasilkan hanyalah yang ringkas dan mudah tetapi saya akan cuba untuk hasilkan lukisan yang lebih detail. Ini hanyalah hobi semata-mata dan bertujuan untuk berkongsi idea dan fikiran bersama pembaca yang diluahkan melalui lukisan. Itu aje....

Tuesday, September 2, 2008

Penubuhan Malaysia


Tunku Abdul Rahman ingin memasukkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam satu gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Ideanya menerima pelbagai reaksi dari dalam dan luar negeri. Tunku mengadakan siri lawatan untuk menerangkan konsep Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada Jun 1961, Brunei pada Julai 1961 dan rundingan dengan Singapura pada Ogos 1961 diadakan. Walaupun pengumuman gagasan Malaysia dialu-alukan, terdapat beberapa pihak yang bimbang kemungkinan campurtangan British dari belakang. Oleh itu Tunku telah dijemput ke London untuk berunding dan pihak British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.
Satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada 16 Januari 1962 dan terdiri dari 2 orang wakil British dan 2 orang pihak kerajaan. Suruhanjaya ini mengadakan lawatan dari Febuari hingga April 1962 dan mendapati lebih 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju berada didalam gagasan Malaysia. Lebih dari 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah pertubuhan ditemui. Namun Brunei enggan turut serta dalam gagasan ini setelah beberapa permintaannya tidak diterima.



Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan "Ganyang Malaysia". Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diistiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.
Pengistiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka dihadapan KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak serta kira-kira 30,000 rakyat Malaysia.