Friday, July 18, 2008

: Sedia Muzakarah - PM

UMNO sedia bermuzakarah dengan Pas bagi mencari titik persafahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, baginya langkah itu amat penting kerana boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan Islam dan Melayu.

Saya terima baik hasrat Pas untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini katanya pada sidang akhbar Sudang Kemuncak Kebangsaan Kemiskinan Bandar dan Kumpulan Berbendapatan Rendah.

“Langkah ini penting dan baik. Ada banyak isu tidak perlu kita berbalah terutama yang berhubung kait dengan orang Melayu dan Islam, katanya”.

PM cabar Anwar buat DNA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan meliwat jika beliau benar-benar tidak terbabit dengan perbuatan itu. Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terlibat apa-apa, bagi sampel, buat sekarang...kita tengok hasilnya yang tak buktikan apa-apa yang dia lakukan," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek pemasangan peralatan penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang tadi. Beliau mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Rabu lalu.

Sumber: Berita Harian,Sabtu, 19 Julai 2008