Friday, July 18, 2008

PM cabar Anwar buat DNA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan meliwat jika beliau benar-benar tidak terbabit dengan perbuatan itu. Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terlibat apa-apa, bagi sampel, buat sekarang...kita tengok hasilnya yang tak buktikan apa-apa yang dia lakukan," katanya pada sidang media selepas melancarkan projek pemasangan peralatan penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang tadi. Beliau mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Rabu lalu.

Sumber: Berita Harian,Sabtu, 19 Julai 2008

1 comment:

belemoih said...

Bolehkah polis yang diterajui oleh Musa Hassan di percayai? Kenapa tidak digunakan rekod DNA yang sudah ada dalam simpanan? kan ke sama je. Kenapa diperlukan sangat specimen darah yang baru