Tuesday, September 16, 2008

16 September Apa Dah Jadi

Apa dah jadi, apa dah jadi sampai sekarang tak jadi jadi. Semalam tengok RTM 1 perbincangan tajuk diatas ekoran kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru spertimana yang dicanang sebelum ini. Kalau berdasarkan keyakinan yang dijelmakan oleh DSAI dan pakatan pembangkang seharusnya tanggal 16 September menjadi saksi perubahan kerajaan.

Realitinya tiada apapun yang berlaku kecuali alasan baru untuk mengadakan perjumpaan dengan Pak Lah bagi membincangkan peralihan kerajaan secara tertib. Persoalannya mengapa tidak 16 september seperti yang dijanjikan sebelum ini. Ramai rakyat yang rasa kecewa. Mana tidaknya kalau jadi esok minyak akan turun harga.

Apapun, yang berlalu tetap berlalu. Tanggal 16 September tarikh Pembentukan Malaysia tidak lagi sinonim dengan penubuhan kerajaan baru impian Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha hahahah makan nasi dengan A. galak aku nak gelak..hahahahhaha hahahahhah hahahh Anwar pembohong. Semua kita kena tipu. Kalau macam ni la jadi PM bahaya ooo..

Anonymous said...

Tu la...gua memang dah cakap dah.. semua tu auta je.betul la kata Dr.M anwar akan bagi pelbagai alasan dan harpan lagi kat orang. Peggiiiiii daaaaaaa..